Saturday, January 18, 2014

'Awak suka saya tak?' sudah tentulah Encik Hilman Yong!

Pe-Yo!

Dua minggu lepas saya baca 'Awak suka saya tak?' karya oleh Melur Jelita... Nama Kak Melur mengingatkan saya pada nickname ibu syaa di facebooknya, manja melur yang skarang dh tukar kepada lain. hihi. promosi ibu saya pulak.

Cerita ni dah lama di pasaran dan Akak Melur dah ada lebih kurang 3 novel dah sekarang ni... setahu saya dan setiap kali saya tengok hasil tgn Akak Melur mesti saya rasa gerun nak baca sebab ketebalan dia. Novel yg palinbg tebal yang pernah saya baca ialah Puteri Lindungan Bulan dan Harry Potter and The Deathly Hollows; which is I take the most thick one in Harry series. Saya ulang baca sinopsis dia, menarik dan buat saya tertarik utk baca tetapi saya takut saya tak sanggup nak habiskan novel tu. I'm not a risk takers after what happened to me a year ago... tapi apa yang membuatkan saya baca novel tu ialah kerana masa saya pinjam buku tu dari junior saya, hati saya macam terdetik, tergerak utk baca. Izin tuhan mungkin.

Buka-buka je, saya dh dpt byg heroin tu saya yg jadi... huhu. Kadang2 rase sengal je baca watak Zulaikha tu sbb mulut dia yg mcm menyakitkan hati tu, kecian Hilman. He waits for her for 11 yrs! Setianyer Hilman.... Awal2 bacer mcm Hilman tu flawless-lah. Macam Zulaikha ckp angel fall from the sky. Suci jer... Tapi Hilman juga ada kekurangan die. Die... cepat cemburu, obvious sgt! N seorang yg suka menakluk? Hm... mungkin dia westernies, tu yg jadi mcm tu.

Apapun highlight dlm citer ni ialah don't judge a book by its cover. Hilman mmg Chinese and dia seorang islam. Much longer than we can predict. Masyarakat suka menilai luaran org. Bila nmpak cina pergi surau or dgr ceramah... mesti fikir dia tu mualaf. org baru dalam islam, sedangkan dia dah lama jd org islam.

Abah's friend, no best friend... dua2 Chinese yg dh lama masuk islam. Saya setiap kali jumpe dorang saya takkan fikir dorang ni org cina or mualaf, saya akan fikir, oh dia ni kacukan melayu cina yang terlebih gen cina.... got it? Selalu jugak kite jumpa org yg asal jumpa cina muslim ni akan fikir, 'u kacuk ke?' or 'wow, seronoknya muka macam cina walaupun melayu...' Truth is, jd cina ke, melayu ke, india sekali pun... di Malaysia macam kalau boleh saya taknak org membezakan bangsa 100%. Kita satu Malaysia dan perlulah sgt2 menghormati satu sama lain. Saya selalu fikir, yg kalu kita buat baik dkt org, Allah akan balas perkara baik pada kita, kalau kita buat jahat, jahatlah yg kita dpt. Zaman sekarang ni tuhan tak tunggu kat akhirat, kat dunia pun dia dah balas. Benda2 mcm ni selalu saya igtkan dalam diri saya sndiri. bukan senang nk jadi manusia sempurna, tetapi kita boleh cuba. Minggu lepas Mejar Dr. Faiz dtg kampus saya and buat talk show, dia cakap, org kalau nak berubah, tak boleh sendiri, dia kena ada penyokong utk berubah. Cuba bygkan Hilman yang terima hidayah Allah kat bumi Taiwan. Dia sendiri... mcm2 dugaan dia terima. Tetapi dia x putus asa dan cari org yg boleh sokong dia. Luckily, dia ada family yg memahami. Ada ustaz yg syg dia smpai nk jdikan dia menantu... Tapi syg... hati Hilman utk Zulaikha je.... Saya pasrah... hehe

Lepas saya baca novel ni, ciri2 suami yg saya nak tu bertambah. Iaitu, seorang lelaki yg ustaz di hati. Apa tu? Ni berdasarkan pemerhatian sayalah. hanya pendapat. Dekat dunia ni ada 3 jenis ustaz; zaman sekarang ni lah. First, ustaz di luar dan ustaz di hati. Itu maksudnya, ustaz yg kita jumpa kat TV yg bagi ceramah yg mengamalkan sunnah nabi dan tahu baik buruk, haram dosa... Yg kedua, ustaz di luar sahaja. Haaa, ni mcm ustaz dlm cerite menjinak ombak tuuuu.... muka je nampak baik, pakai alim2 tapi hati busuk, jahat, hisap rokok, dan menganaiya org lain. Ostaz ke tu? Last but not least, ustaz di hati. Haaa.... yg ini maknanya dia ni seorang yg sempoi je pemakaian dia, tak tunjuk alim kucing, senang citer mcm Hilman tu lah. Faham? hahaha. Macam2 lah saya ni. Tapi jodoh tu di tgn Allah. Saya berusaha dan yg menentukannya ialah Dia.

Iman manusia sentiasa berubah-rubah. Hari ini tingkat keimanannya tinggi, esok lusa belum tentu lagi. Jadi saya harap sgt yg Allah pelihara iman saya dari jatuh dan jatuh. Perkara macam ini yg menakutkan saya setiap hari. Saya harap Allah makbulkan permintaan saya dan pelihara iman readers juga. Saya cuba berkongsi dan harap mana yg salah tu tolong jgn simpan dalam hati :)

Lain kali kita jumpa lagi. Di alam maya. Hehe. Selamat sore. Adious! haha. Assalamualaikum.